Semua News & Event Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (20 Nov – 24 Nov)

84

Pasaran secara keseluruhan dalam minggu ini akan berfokus kepada minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada Khamis 3 pagi. Selain itu, data tempahan barangan tahan-lama (durable goods) juga akan jadi perhatian bagi US dolar.

Pemerhatian pasaran terhadap US dolar juga tidak berganjak daripada perasaan ragu-ragu terhadap ‘reformasi cukai US’.

US Dolar jika dilihat dalam indeks US dolar jatuh 0.25% pada Jumaat di mana secara mingguan susut 0.74% yang merupakan kejatuhan kedua minggu berturut-turut.

Kini House of Representative pada Khamis lalu telah meluluskan ‘rang undang-undang’ tersebut dan ia sekarang berhadapan dengan Senat US. Cukai ini mungkin akan berhadapan kesukaran di Senat dengan undian mereka juga akan menjadi ‘big event’ minggu ini.

  • Keterangan Draghi di Parlimen Eropah – Isnin 10 malam

Presiden ECB, Mario Draghi akan berhadapan dengan ahli parlimen Eropah di Brussels di mana beliau dijangka akan mengemaskini pandangan tentang ekonomi Zon-Eropah dan juga situasi inflasi di Zon tersebut. Mesyuarat bank pusat seterusnya adalah pada pertengahan Disember.

  • Ucapan Janet Yellen – Rabu 7 pagi

Pengerusi bank pusat ini akan berucap di New York dan mungkin memberikan pandangan beliau tentang mesyuarat Fed pada Disember. Yellen akan meninggalkan jawatan sebagai pengerusi Fed itu dan digantikan oleh Jayrome Powell.

  • Tempahan barangan tahan lama (durable goods) US – Rabu 9.30 malam

Jualan barangan tahan lama menunjukkan prestasi semasa pelaburan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Data kajian semula September naik 2%.

  • Minit mesyuarat FOMC (meeting minutes) – Khamis 3 pagi

Ini adalah minit mesyuarat November yang tiada mengeluarkan ramalan atau unjuran ekonomi yang baru. Sebelum ini Fed memberi isyarat bahawa mereka berada di landasan yang betul untuk menaikkan kadar faedah. Kita akan mendapat lebih banyak maklumat yang dibincangkan oleh ahli-ahli bank pusat pada Khamis. Apa yang perlu diberi perhatian adalah kebimbangan mereka terhadap inflasi.

  • Anggaran kedua Pertumbuhan ekonomi UK (GDP) – Khamis, 5.30 petang

Berdasarkan anggaran pertama, pertumbuhan ekonomi suku ketiga meningkat 0.4% lebih tinggi daripada dua suku-tahunan sebelum ini. Fokus pasaran adalah kepada bacaan data terbaru sama ada lebih tinggi atau rendah daripada bacaan pertama. Jika terdapat perubahan, sudah tentu ia akan menggerakkan GBP pada hari tersebut.

  • Minit mesyuarat ECB – Khamis, 8.30 malam

European Central Bank (ECB) membuat pengumuman penting dalam mesyuarat terbaru mereka pada Oktober. ECB menyenaraikan perancangan pengurangan pembelian bon mereka yang bermula pada Januari 2018. Namun apa yang mengecewakan adalah ECB masih menunjukkan potensi kelangsungan pembelian bon selepas September 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat