Semua Perkara Yang Anda Mesti Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

56

US dolar dan hasil bon kerajaan Amerika Syarikat menjunam pada Khamis selepas komen Presiden Trump tersebar yang menunjukkan beliau lebih menyokong polisi kadar faedah rendah ditambah lagi dengan persekitaran berisiko dalam pasaran disebabkan ketegangan di semenanjung Korea.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh 0.6 peratus kepada 100.07. Hasil bon 10-tahun AS pula menjunam sehingga 2.232 peratus yang menggambarkan perimintaan semakin tinggi terhadap instrumen ini.

Ketegangan semakin memuncak disebabkan jangkaan ujian senjata nuklear oleh Korea Utara, di mana tentera Amerika Syarikat pula semakin menghampiri wilayah tersebut.

Komen oleh Presiden Trump menghumban US dolar dengan Yen semakin mendapat permintaan. Usd/Jpy berjaya mencapai paras terendah hari ini di 108.71.

Aud/Usd banyak mendapat sokongan dari komen Trump dan tidak lupa juga data-data positif yang dikeluarkan pagi tadi. Aud/Usd berjaya merekod kenaikan 120 pip sejak pukul tiga pagi tadi berikutan sokongan berterusan dengan data positif pasaran pekerjaan dan juga data perdagangan China yang memberangsangkan.

Komoditi pula didagang stabil dalam sesi Asia di mana harga minyak mentah masih gagal membuat pergerakan yang meyakinkan. Kuprum (copper) berjaya menembusi support penting dalam sesi Rabu dan kini mendapat sedikit sokongan di atas paras 2.50.

Dalam perkembangan geopolitik, Menteri Luar Rusia Lavrov dan Setiausaha Negeri AS Tillerson mengatakan rundingan di antara kedua-dua negara adalah terbuka dan penting, tetapi mereka masih lagi tidak bersetuju dalam isu Syria dan Assad.

Terkini Presiden Trump masih mengkaji potensi bagi mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap Korea Utara termasuk embargo minyak, halangan penerbangan,pemintasan kargo, dan menghukum bank China yang berurusan dengan perdagangan Korea Utara.

Secara keseluruhan apa yang membimbangkan pasaran global ketika ini adalah risiko perang antara Amerika Syarikat dan Korea Utara. Selain itu, perhatian kini juga terarah kepada komen Trump terhadap matawang US dolar yang terlalu kuat dan lebih menyokong polisi kadar faedah rendah. Ketika ini dua sentimen ini masih menguasai pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat