Senat AS Gagal Naikkan Had Hutang, Ancaman ‘Government Shutdown’ Kembali

1,307

Amerika Syarikat (AS) perlu menaikkan had hutang (debt ceiling) dan memastikan kerajaan terus dibiayai sehingga bulan Disember. Bagaimanapun, parti Republikan di Senat telah menyekat usaha tersebut ketika undian dibuat pada hari Isnin.

Dengan 60 undi diperlukan untuk menyetujui langkah tersebut, hanya 48 undian dari para senator yang bersetuju untuk meneruskannya dan 50 undian lagi menentang.

Hal ini telah menyebabkan pelabur bimbang sekiranya AS gagal menaikkan had hutang pada 30 September, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya ‘government shutdown‘.

Jika ini berlaku, pejabat-pejabat kerajaan yang dikategorikan tidak penting ditutup atas faktor kekurangan dana.

Apabila operasi kerajaan bergerak perlahan atau dihentikan, ianya akan menjejaskan perniagaan dalam sektor kerajaan, serta seluruh ekonomi juga turut menerima kesan yang sama.

Penggubal dasar Federal Reserve (Fed), John Williams memberi amaran bahawa tindakan ini boleh mendorong kepada aliran keluar pelaburan dan menjejaskan pasaran kewangan.

Republikan enggan menyokong kenaikan had hutang kerana tidak mereka tidak bersetuju dengan rancangan Demokrat untuk membelanjakan bertrilion dana terhadap rancangan ekonomi Presiden Joe Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat