Senator AS Mahu Buka Kelas Kripto?

305

Senator Amerika Syarikat (AS), Cynthia Lummis berhasrat untuk melancarkan Financial Innovation Caucus (Kaukus Inovasi Kewangan) bertujuan untuk ‘mengajar’ ilmu pengetahuan matawang kripto dan aset digital kepada barisan senator yang lain.

Lummis, senator pertama yang memiliki Bitcoin (BTC) mendedahkan perkara itu dalam podcast Anthony Pompliano pada hari ini; “Pihak kami berharap dapat mendidik barisan Senat dan pegawai lain mengenai Bitcoin, termasuk peluang matawang kripto dan inovasi kewangan dan blockchain.”

Perkara pertama yang akan ditekankan dalam kaukus itu ialah menyangkalkan naratif bertentangan mengenai aset digital dan kripto yang sering dikaitkan dengan penyelewengan wang, sedangkan kajian daripada Chainalysis menunjukkan jenayah matawang kripto jauh lebih rendah berbanding jenayah wang tunai.

Jelasnya lagi, Lummis sendiri telah bersemuka dengan Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dan menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang terbuka mengenai penggunaan matawang kripto.

Bagaimanapun, senator itu memberitahu bahawa banyak hal yang perlu diteliti dan diperhalusi supaya perbincangan mengenai kripto dapat dilakukan secara terbuka tanpa sebarang tanggapan negatif yang melibatkan kegiatan jenayah.

“Undang-undang kripto perlu dipertimbangkan semula untuk membuka ruang kepada inovasi,” katanya.

Senator Lummis telah membeli BTC pada 2013 dan 2014, menyamakan raja kripto itu dengan dana amanah mineral kekal ketika berkhidmat sebagai bendahari daerah Wyoming pada 2000-an.

“Konsep dana amanah mineral kekal adalah apabila sumber mineral sudah kehabisan, kita masih memiliki pendapatan yang berbaki kerana kita melaburkan hasil dan terus melabur dalam peruntukan aset yang pelbagai. Bitcoin mengingatkan saya tentang dana mineral kekal.” katanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat