Sentimen dan Perkembangan Terkini yang Melanda Matawang Utama dalam Sesi Eropah

65

US Dollar masih meneruskan kerugian berbanding matawang utama yang lain pada Khamis, meneruskan kejatuhan sesi seterusnya gara-gara komen Trump sebelum ini.

USD/JPY dalam sesi Eropah didagang pada 109.07

USD/JPY, 30 minit

US Dollar telah jatuh sekitar 1.8 peratus berbanding Yen minggu ini kerana kebimbangan geopolitik yang mendorong pelabur memindahkan kesemua asset mereka kepada asset yang kurang berisiko.

Sentimen pasaran kini bercampur dengan kegelisahan politik di Perancis disamping tindakan ketenteraan oleh AS terhadap Syria dan Korea Utara.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi dinilai pada 100.13 dalam sesi ini.

EUR pula dinilai lebih rendah berbanding USD apabila EUR/USD menjunam 0.10 peratus.

EUR/USD, 30 minit

Pelabur juga semakin gelisah apabila undian pilihanraya di Perancis menjadi semkin sengit buat masa ini.

Dalam sesi ini juga, Pound mengalahkan pergerakan US Dollar apabila GBP/USD meningkat sebanyak 0.18 peratus, iaitu nilai yang paling tinggi sejak 28 Mac.

GBP/USD, 30 minit

Dollar Australia juga semakin mengukuh dalam sesi ini dengan AUD/USD meningkat sebanyak 0.84 peratus selepas pulih daripada paras terendah dalam tempoh tiga bulan yang dicatat pada Rabu.

AUD/USD, 30 minit

Matawang ini dirangsang apabila data pekerjaan dicatat lebih kukuh daripada ramalan.

Kadar pengangguran Australia dikeluarkan tidak berubah pada bulan Mac iaitu pada 5.9 peratus sama seperti jangkaan.

Emas Masih Meneruskan Prestasi Bertenaga!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat