Sentimen Kekal Berisiko, Dagangan Safe-Haven Manfaatkan Peluang Untuk Mengukuh

425

Sentimen berisiko terus membelenggu dagangan pada Khamis dengan US dolar didagangkan kukuh berbanding matawang utama berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap peningkatan kes baru coronavirus, sekali gus menyokong permintaan terhadap safe-haven.

Lonjakan kes coronavirus di beberapa negeri di Amerika Syarikat dan pengenaan semula sekatan perjalanan di Beijing untuk membendung penularan, dilihat sebagai amaran bahawa kesan wabak itu kepada ekonomi global akan kekal untuk jangka masa yang panjang.

Kebimbangan ini sekali gus mendorong dagangan safe-haven yen untuk didagangkan mengukuh berbanding matawang utama lain.

Memasuki hari kedua Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell memberi keterangan di hadapan Kongres, beliau memberitahu bahawa bank pusat bersedia untuk melakukan lebih banyak perkara untuk membantu pemulihan ekonomi.

Sementara itu, pound didagangkan mendatar menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE), yang mana pembuat dasar dijangka akan memperluaskan pelonggaran kuantitatif dalam menghadapi ekonomi yang goyah dan rundingan perdagangan yang sukar dengan Kesatuan Eropah (EU).

Dalam pada itu, data menunjukkan inflasi UK jatuh ke tahap terendah sejak Jun 2016 pada bulan Mei dijejaskan oleh kemerosotan permintaan dari ekonomi global dan kejatuhan harga minyak.

Selain itu, peningkatan permintaan terhadap US dolar telah melemahkan dagangan euro untuk mempamerkan penyusutan pada sesi Asia.
Di sisi lain, dolar Aussie jatuh selepas data pekerjaan Australia menunjukkan kadar pengangguran melonjak kepada 7.1% pada bulan Mei daripada kenaikan 6.4% pada bulan sebelumnya. Ini merupakan kadar pengangguran tertinggi pernah direkodkan sejak 2001.

Dolar kiwi juga didagangkan lemah apabila data yang diterbitkan awal pagi ini memperlihatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) New Zealand menguncup 1.6% pada suku pertama 2020 mengikuti kenaikan 0.5% pada tempoh sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat