Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Eur/Usd Minggu Ini (2-6 Disember)

56

Dagangan yang rendah masih mendominasi pasaran tukaran matawang dengan ‘bank holiday‘ atau cuti umum di beberapa negara matawang utama dunia seperti Amerika, UK, China, Jepun dan Kanada pada hari ini. Dijangka jumlah dagangan akan meningkat semula pada Selasa.

Walaupun pasaran matawang agak suram pada minggu lalu, kita tetap disajikan dengan spiked ke atas Eur/Usd hampir 170 pip dan reverse semula pada masa yang sama hampir 100 pip. Eur/Usd ditutup pada Jumaat dengan bentuk ‘shooting star’ pada time-frame daily. 

Bentuk Shooting star yang terbentuk ini menunjukkan Eur/Usd masih di bawah tekanan pada minggu ini. Tetapi apabila dilihat pada timeframe yang lebih besar iaitu weekly, Eur/Usd dilihat seperti memulih semula dari kejatuhan tiga minggu lepas.

Minggu ini data dari US akan mendominasi data impak-tinggi dan dijangka data-data ini akan menggerakkan pasaran tukaran matawang dunia pada minggu pertama dagangan 2017. Antara data tersebut ialah:

  • Indeks Sektor Pembuatan ISM (Selasa 11 pm)
  • Minit mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 am)
  • ADP-NFP (Khamis 9.15 pm)
  • Tuntutan Pengangguran (Jobless claims Khamis 9.30 pm)
  • Indeks Sektor Bukan-Pembuatan ISM (Khamis 11 pm)
  • Inventori minyak EIA (Jumaat 12 am)
  • Data NFP (Jumaat 9.30 pm)

Antara semua data di atas, minit mesyuarat FOMC akan menjadi tumpuan kerana akan memberikan pandangan yang lebih jelas tentang polisi monetari The Federal Reserve pada mesyuarat yang lalu. Pada mesyuarat itu yang berlangsung baru-baru ini, The Fed telah pun menaikkan kadar kepada 0.75% dan terdapat jangkaan tiga kali kenaikan pada 2017 dalam analisis ‘dot plot’.

Dari segi polisi Trump, pasaran akan memberi tumpuan kepada pandangan FOMC terhadap polisi yang akan dibawa oleh Trump dan berapa banyak perhatian FOMC kepada hal ini.

Tidak lupa juga data NFP yang ditunggu-tunggu setiap bulan, akan dikeluarkan pada Jumaat. Data yang tidak menepati jangkaan mungkin kurang memberi impak kepada US dolar, kecuali perubahan data begitu tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat