Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Eur/Usd Minggu Ini

54

Eur/Usd jatuh minggu lalu sekaligus memadam keuntungan yang direkod pada minggu sebelum itu. Pasangan matawang ini didagang dalam keadaan ranging sejak tiga minggu lalu dengan resistance berada di sebelah atas paras tertinggi sejak pilihanraya US.

Berita utama yang menjadi perhatian minggu lalu adalah penetapan kadar ECB pada Khamis yang menunjukkan pendirian Draghi yang kekal dovish dalam sidang media.

ECB telah pun memotong frasa yang mengurangkan sedikit potensi potongan kadar di masa hadapan. Perkara ini dilihat sebagai hawkish dan kita melihat spike ke atas semasa laporan awal kenyataan ECB dan kembali merudum apabila bank pusat sendiri menurunkan pula ramalan inflasi sehingga 2019.

Secara keseluruhan, pasaran masih lagi melihat ECB dalam proses mengurangkan pendirian-pendirian yang dovish dengan data-data yang semakin baik di Zon tersebut.

Minggu ini, pasaran akan memberi tumpuan kepada pengumuman kadar faedah oleh FOMC yang akan menjadi penggerak utama pasaran khususnya Eur/Usd. Selepas pendirian dovish Draghi minggu lalu, tindakan hawkish oleh The Fed sudah tentu menghumban pasangan matawang ini ke paras yang lebih rendah.

Selain itu, data-data seperti harga pengguna US juga harus diberi perhatian di mana euro juga akan mengeluarkan data inflasi pada Jumaat. Ini merupakan data-data ekonomi yang berpotensi menggerakkan pasangan matawang ini selain polisi The Fed pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat