Sentimen Pasaran: Dolar USD Menyusut, Tumpuan Pada Data NFP!

436

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang Euro dan yen pada hari Rabu selari dengan kejatuhan dalam pasaran ekuiti dan pasaran bon berikutan kekhuatiran pertumbuhan global dan diikuti kemerosotan dalam aktiviti pembuatan Amerika Syarikat.

Data pekerjaan ADP yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan pertambahan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat bertumbuh dengan lebih perlahan daripada jangkaan pada bulan September. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan jumlah pekerja sektor swasta meningkat sebanyak 135,000 berbanding jangkaan yang mensasarkan 140,000 bilangan pekerjaan pada bulan September.

Namun pemain pasaran sedikit lega bahawa data pekerjaan sektor swasta tidak begitu teruk berbanding data-data yang dikeluarkan sebelum ini. Menurut penganalisis FX, Erik Bregar, ‘dengan data ADP, kekhuatiran pemain pasaran sedikit berkurangan kerana data ISM yang dikeluarkan semalam adalah sangat lemah’.

Sektor pembuatan AS telah merosot pada kadar terbanyak dalam tempoh melebihi 1 dekad pada bulan lalu menunjukkan negara AS merupakan antara negara terkini yang menghadapi kejatuhan dalam sektor pembuatan dengan ditengah perang dagang antara AS-CHina.

Data NFP yang bakal dikeluarkan pada hari Jumaat ini akan memberi lebih rincian terhadap keadaan ekonomi Amerika Syarikat.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 98.672 setakat jam 11.40 p.m

Matawang euro mengukuh sebanyak 0.25% berbanding US dolar kepada paras 1.0958. Disisi lain, matawang AUD terus mencatat penyusutan sehingga ke paras terendah sejak 2009 selepas bank pusat Australian memontong kadar kepada paras rendah.

Matawang pound sedikit mengukuh berbanding US dolar. Walaubagaimanpun, sebahagian para pelabur masih ragu-ragu dengan pelan yang diutarakan oleh Perdana Menteri Boris Johnson.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat