Sentimen Pasaran Kembali Berisiko, Laporan Pekerjaan Australia Catat Bacaan Mengejutkan

281

Sesi pasaran Asia pada Khamis dimulakan dengan suasana dagangan yang kembali berisiko menyaksikan matawang safe-haven Yen meneruskan kenaikan sejak sesi sebelumnya berikutan kebimbangan pelabur terhadap tanda-tanda kemerosotan ekonomi global.

Selain Yen, Swiss franc dan juga dagangan emas turut mencatatkan kenaikan ekoran pelabur yang beralih ke arah aset safe-haven selepas lengkungan pada graf hasil pulangan Amerika Syarikat telah bergerak berpatah arah untuk pertama kali dalam tempoh 12 tahun sementara saham-saham Amerika Syarikat turut merudum.

Beberapa penganalisis beranggapan pembalikan pada lekungan hasil pulangan tersebut memberi petunjuk bahawa ekonomi Amerika Syarikat sedang menuju ke arah kegawatan.

Sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh data ekonomi China dan Jerman yang mengecewakan semalam menunjukkan kesan buruk yang berlarutan disebabkan oleh implikasi perang dagang AS-China dan menjejaskan antara dua negara pengeksport penting dunia itu.

Harga minyak mentah juga turut mengalami kejatuhan ketara pada sesi dagangan semalam ekoran sentimen pasaran yang kembali berisiko selain terkesan oleh faktor ketegangan di Timur Tengah dan juga konflik di Iran.

Pound Sterling pula mencatatkan sedikit peningkatan pada sesi Eropah semalam disokong oleh data inflasi yang meningkat untuk Julai, namun kembali didagangkan lemah berikutan kebimbangan utama pelabur masih terarah pada risiko Brexit.

Bagi matawang dolar Australia, sesi pasaran Asia hari ini memaparkan bacaan data bagi laporan pekerjaan di Australia.

Kadar pertambahan pekerjaan untuk bulan Julai mencatatkan angka yang melonjak dengan jumlah 41,100 pekerjaan jauh mengatasi jangkaan kenaikan pada 14,200 berbanding kadar peningkatan hanya 500 pekerjaan pada bulan sebelumnya.

Sementara kadar pengangguran di Australia masih kekal di paras 5.2% tidak berubah seperti bacaan sebelum ini seperti yang dijangkakan pasaran.

Dagangan Aussie melonjak susulan laporan pekerjaan diterbitkan dan pelabur dijangka akan mengambil peluang keuntungan selepas penurunan semalam ekoran sentimen pasaran yang masih berisiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat