Sentimen Pasaran : Komen Juncker Tidak Dapat Membantu Mengekalkan Pengukuhan Matawang Pound Pada Hari Ini!

0 299

Matawang pound sterling mengukuh ke paras tertinggi berbanding US dolar dan Euro pada hari Jumaat berikutan pasaran optimis bahawa UK akan cuba mengelakkan perkara tidak diingini dalam mengendalikan Brexit pada 31 Oktober. Walaubagaimanapun, pengukuhan matawang tersebut mula terbatas dan kembali susut.

Matawang pound sterling mencapai paras tertinggi harian, paras tertinggi sejak Julai 12 pada bacaan $1.2582 berbanding US dolar sebelum mencatat penyusutan setakat jam 10.30 p.m.

Matawang pound mula mencatat pengukuhan selepas laporan daripada Sky News melaporkan bahawa a Pemimpin Eropah,Jean-Claude Juncker mengatakan bahawa UK dan EU masih boleh mementerai perjanjian bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Juncker menyatakan bahawa beliau sedang meneliti isu sempadan Ireland dan berkemungkinan perjanjian mampu dicapai jika kesemua obektif mampu dicapai. Beliau sedang berusaha melakukan yang terbaik dan bersedia untuk menghapuskan kawalan sempadan dan mencapai persetujuan perjanjian.

Disisi lain Menteri luar Irish, Simon Conveney memberitahu media tempatan pada hari Jumaat bahawa masih terdapat jurang antara kedua-dua belah pihak. Kenyataan beliau telah membantutkan pengukuhan matawang sterling.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.36% kepada paras 97.903 setakat jam 10.35 p.m. Rundingan perdagangan antara AS-China akan diteruskan pada bulan Oktober.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.