Sentimen Pasaran Masih Dihantui Dengan Isu Lebihan Bekalan

58

Harga minyak mentah menurun pada Khamis kerana terjejas dengan laporan kenaikan bekalan minyak mentah walaupun OPEC masih menjalankan usaha berterusan untuk mengetatkan pasaran dengan mengurangkan pengeluaran minyak mentah.

Brent mentah menyusut sebanyak 18 sen atau sebanyak 0.3 peratus daripada sesi sebelum ini dan didagang pada $52.03 setong.

Dalam masa yang sama, WTI mentah turut dinilai menyusut sebanyak 16 sen atau 0.3 peratus kepada $48.91.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS memaklumkan pada Rabu bahawa inventori minyak mentah menurun sebanyak 1.8 juta tong bagi minggu berakhir 12 Mei kepada 520.8 juta tong.

Walau bagaimanapun, penurunan tersebut dilaporkan lebih kecil daripada jangkaan awal. Dalam masa yang sama, peniaga minyak mentah juga mengatakan bahawa masih terdapat banyak stok minyak mentah yang tidak mampu diserap oleh pasaran.

Memetik kenyataan Greg McKenna iaitu Ketua Strategi Pasaran di AxiTrader, bekalan minyak mentah sebelum ini dijangka menjunam sebanyak 2.36 juta tong.

Dalam usaha untuk mencapai sasaran untuk mengurangkan stok minyak mentah ke tahap purata lima tahun, firma penganalisis BMI mengatakan bahawa inventori perlu mencapai purata sebanyak 25.6 juta tong setiap bulan dalam tempoh tiga suku terakhir.

Buat masa ini, bekalan minyak keseluruhan kekal mencukupi dengan jumlah peningkatan mendadak dari Amerika Syarikat dan pengeluar lain dihantar ke kawasan pengguna terbesar di Asia telah melemahkan usaha OPEC dalam mengetatkan pasaran.

Sejak OPEC memotong jumlah bekalan di dalam pasaran, pengeluar lain yang tidak terlibat dengan perjanjian mula mengisi mana mana jurang bekalan.

Penghantaran minyak ke Utara Laut Asia juga telah mencecah rekod tertinggi tahun ini dengan penghantaran sebanyak 19 tangki pada suku pertama. Jumlah bekalan sama juga dijangka bakal dicatat pada suku kedua tahun ini.

Kenaikan Kadar Bukan Cara Untuk Atasi Masalah Asset-Bubble! : Neel Kashkari

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat