Sentimen Pasaran : Matawang Pound Terus Mengukuh Berikutan Kekalahan PM Johnson!

376

Matawang Sterling mengukuh hampir 1% berbanding US dolar pada hari Rabu berikutan kekhuatiran terhadap no-deal Brexit semakin berkurangan apabila penggubal undang-undang British berjaya memenangi undian dalam merangka pelan undang-undang melawan “No-Deal Brexit”. Kemenangan penggubal undang-undang pihak lawan telah membolehkan mereka untuk menguasai agenda House of Commons dan ini sekaligus menggagalkan usaha Perdana Menteri Boris Johnson untuk mengeluarkan UK daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Walaubagaimanapun, risiko ‘no-deal’ masih ada kerana Perdana Menteri Boris Johnson telah berjanji akan mengadakan pilihan raya tergempar berkenaan undian polisi Brexit.

Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.75% setakat jam 10.15 p.m berbanding US dolar. Menurut penganalisis, matawang Sterling dijangka akan mengukuh sehingga hampir 6% berbanding Euro jika UK berundur dariapda Kesatuan Eropah dengan perjanjian.

Disisi lain, Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.47% pada paras 98.490 setakat jam 10.15 p.m. Antara faktor yang mendorong penyusutan US dolar ialah pengukuhan matawang utama lain dan data sektor pembuatan yang lemah.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Institute for Supply Management, aktiviti sektor pembuatan buat pertama kali jatuh dalam tempoh 3 tahun pada bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat