Sentimen Pasaran Melibatkan US Dolar & Komoditi Emas Ketika Ini

68

Pengukuhan US dolar terus menghalang komoditi emas untuk memulih dalam sesi dagangan Jumaat dengan cuti panjang di China berikutan perayaan Tahun Baru Cina.

US dolar secara keseluruhan menguat dalam sesi dagangan New York walaupun pergerakan harga masih lagi rendah. Eur/Usd mencapai paras terendah di 1.0660 dan ketika ini didagangkan di sekitar 1.0700, manakala Usd/Jpy mencapai paras tertinggi di 115.31 sebelum susut.

Secara keseluruhan, citarasa pelabur kepada risiko masih lagi kuat dengan pasaran saham US sedang menguji paras tertinggi. Hal ini menyumbang kepada kejatuhan emas yang kini didagangkan di paras terendah dua minggu lepas di $1183.45.

Polisi perdagangan US masih lagi menjadi perhatian pasaran dengan Presiden Trump mengancam untuk mengenakan cukai perdagangan 20% kepada Mexico jika mereka tidak membiayai pembinaan sempadan yang dicadangkan beliau.

US dolar mengekalkan pengukuhan pada sesi Asia pada Jumaat dengan Usd/Jpy menguji paras 115.00. Permintaan emas lemah pada sesi awal tadi, dengan banyak pasaran yang telah ditutup berikutan cuti Tahun Baru Cina.

Walaubagaimanapun, keyakinan pelabur kepada risiko yang lebih tinggi mungkin berkurangan dengan pasaran masih berada dalam ketidaktentuan polisi Trump. Pentadbiran baru Trump setakat ini belum lagi mengumumkan keseluruhan polisi yang akan dijalankan dalam pentadbiran US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat