Sentimen Pasaran Pulih Susulan Laporan Pemulihan Operasi Minyak Arab Saudi

193

Dagangan dolar Amerika Syarikat bergerak lemah pada sesi New York semalam namun berlegar di sekitar paras tertinggi tujuh minggu berbanding dagangan safe-haven Yen ekoran pasaran minyak mentah yang dilaporkan kembali pulih selepas bekalan terjejas disebabkan serangan ke atas fasiliti minyak terbesar Arab Saudi.

Pelabur akan memberi fokus terhadap mesyuarat polisi Federal Reserve pada awal pagi Khamis dengan jangkaan besar bahawa bank pusat tersebut akan menurunkan kadar faedah.

Pound Sterling diniagakan di sekitar paras tertinggi enam minggu berbanding dolar USD dipercayai pelabur dan speculator terus mengurangkan posisi jualan terdahulu terhadap matawang Pound, namun sentimen semasa masih tidak menyokong matawang British itu berikutan ketidaktentuan pada perkembangan Brexit.

Berhubung insiden serangan minyak Arab Saudi, Menteri Tenaga Arab Saudi telah menyatakan bahawa bekalan minyak mereka telah kembali beroperasi sepenuhnya dan menambah lagi, penghasilan gas dan metana dijangka akan kembali normal pada penghujung bulan ini.

Beliau berkata pada dua hari yang lepas, Arab Saudi telah meneruskan penghasilan lebih separuh pengeluaran minyak mentah dan akan kembali membekalkan minyak dalam pasaran sepenuhnya kepada pelanggan untuk bulan ini.

Laporan tersebut telah melegakan kegusaran pasaran sebelum ini dan dengan itu juga telah melemahkan dagangan safe-haven terutamanya Yen Jepun dan Swiss franc.

Pelabur pada hari ini akan memberi tumpuan pada data inflasi di UK pada sesi Eropah dan pada sesi dagangan Amerika pula, data inflasi Kanada pula akan menyusul.

Namun, pelabur lebih berwaspada menantikan dagangan pada Khamis yang lebih padat dengan data-data tumpuan utama. Empat bank pusat iaitu Federal Reserve (Fed), Bank of Japan (BOJ), Swiss National Bank (SNB) serta Bank of England (BOE) bakal mengumumkan keputusan mesyuarat polisi monetari pada hari yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat