Sentimen Pasaran Yang Memulih Julang Ekuiti Global

111

Sentimen pasaran ekuiti dilihat memulih dengan tanda-tanda pelonggaran sekatan Covid-19 di China dan keredaan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat.

Indeks MSCI saham seluruh dunia mencapai 0.35% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah meningkat 0.92%.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial menyusut 0.08% sementara S&P 500 mencapai 0.20% dan Nasdaq Composite menambah 0.25% manakala saham pertumbuhan melonjak 0.3%.

Menurut ketua strategi pasaran Bannockburn Global Forex, Marc Chandler, pembukaan negara ekonomi ke-2 terbesar dunia serta pelonggaran sekatan Covid-19 telah menceriakan pelabur.

Selain itu, komen Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo yang mengatakan bahawa Presiden Joe Biden akan menaikkan beberapa tarif ke atas import China turut merangsang pasaran.

Tambah Chandler, spekulasi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dan 50 mata asas kemudiannya oleh Federal Reserve dilihat semakin mereda dan membantu pengukuhan sentimen.

Hasil Perbendaharaan AS turut melonjak dengan pasaran bersedia untuk penjualan hutang sebanyak $96 bilion minggu ini apabila kadar inflasi dilihat kekal tinggi.

Difahamkan terdapat 3 lelongan hutang AS minggu ini yang berkemungkinan mendorong hasil naik lebih tinggi dengan nota Perbendaharaan 10 tahun tambah 8.5 mata asas pada 3.040%.

Bagi mata wang pula, indeks dolar terus mengukuh 0.274% dengan Euro menyusut 0.23% pada $1.0694 sementara Yen melemah 0.73% pada $131.85 dan Sterling mencanak $1.2528.

Ijmalnya, Euro menurun kerana kehilangan selera pelabur menjelang mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) manakala Sterling naik ekoran kemenangan undian percaya Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson.

Ringkasan komoditi menyaksikan niaga hadapan minyak mentah AS turun 37 sen pada $118.50 setong dan minyak Brent gugur 21 sen pada $119.51 setong.

Harga emas menyusut dibawah tekanan kenaikan US dolar dan hasil Perbendaharaan dengan niaga hadapan emas jatuh 0.4% pada $1,843.70 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat