Sentimen Pasif, Dagangan Pound Tersungkur Terkesan Oleh Keputusan BOE

418

Bank of England (BOE) meningkatkan pelonggaran kuantitatifnya sebanyak £ 100 bilion, seperti dijangkakan, dan ini menjadikan jumlah program terkini meningkat kepada £ 745 bilion.

Gabenor BOE, Andrew Bailey mengatakan keputusan mengenai kadar faedah negatif sama sekali tidak akan berlaku. Malah, beliau juga melihat bukti menunjukkan kemerosotan yang dialami ekonomi UK tidak begitu parah seperti senario yang dinyatakan pada Mei.

Matawang pound, bagaimanapun gagal memberi reaksi kepada kenyataan Bailey. Dagangan pound berbanding USD telah mencatatkan penyusutan sekitar 140 pips pada sesi New York, sebelum didagangkan mendatar pada sesi pasaran Asia hari ini.

Kebimbangan terhadap gelombang kedua wabak coronavirus di Amerika Syarikat dan sekatan perjalanan Beijing untuk membendung penularan wabak, telah melemahkan sentimen pasaran, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap ast safe-haven seperti USD.

Euro didagangkan susut menjelang sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini, yang mana perbincangan mengenai dana pemulihan coronavirus akan menjadi agenda utama pertemuan mereka.

Sementara itu, jumlah tuntutan pengangguran menurun pada minggu lalu, bagaimanapun kadar penurunannya agak terbatas berikutan risiko gelombang pemberhentian kerja kedua ketika firma-firma berusaha untuk memulihkan permintaan dan rantaian bekalan yang terjejas.

Ini menguatkan lagi pandangan bahawa ekonomi kini menghadapi pemulihan yang panjang dan sukar daripada krisis pandemik COVID-19.

Bagi matawang Asia, dolar Aussie menokok selepas bacaan awal data jualan runcit Australia yang diterbitkan pagi ini menunjukkan lonjakan sebanyak 16.3% pada Mei daripada penguncupan 17.7% sebelumnya.

Sementara dolar kiwi pula terus ditekan oleh bacaan data GDP yang lemah dan berdepan risiko gelombang kedua selepas dua warga New Zealand yang baru pulang dari UK dilaporkan sah positif COVID-19.

Ini menyebabkan Perdana Menteri Jacinda Arden mengerahkan pasukan tenteranya untuk mengawal di sempadan New Zealand untuk membendung perkara ini dari terus berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat