BOE Ambil Langkah Peningkatan Pembelian Bon Sebanyak £100 billion! Ini Reaksi Pasaran Kewangan!

514

Bank Pusat UK (BOE) telah mengumumkan hasil keputusan yang diambil pada hari Khamis dengan menambahkan £100 billion lagi untuk program pelonggaran kuantitatif sebagai usaha untuk mendorong ekonomi UK yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Pembelian bon tambahan ini akan menjadikan jumlah nilai Pembelian Aset (APF) bank pusat menjadi £745 billion. Bank Pusat UK masih dengan keputusan mereka iaitu menolak untuk menerapkan kadar faedah negatif. BOE memilih unutk mengekalkan kadar faedah pinjamannya pada 0.1%. Sejak penularan Covid-19, kadar faedah telah dikurang sebanyak 2 kali dari kadar 0.75%.

Kebanyakkan penganalisis antaranya seperti Luke Bartholomew berpendapat bahawa kadar faedah pada kadar negatif adalah tidak  diperlukan namun penambahan pelonggaran kuantitatif adalah lebih utama, ditambah penyesuaian kemudahan penawaran kredit. Secara tidak langsung ini membolehkan bank lebih mudah dan kos untuk membiayai pinjaman dalam ekonomi benar.

Matawang sterling susut 0.1% berbanding US dolar sesulan keputusan tersebut diumumkan yang sesuai dengan jangkaan penganalisis. Penganalisis Hinesh Patel berpendapat bahawa para pelabur mungkin mengharapkan dorongan yang lebih besar dari bank pusat memandangkan Rizab Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah telah berjanji untuk melakukan “apa sahaja yang diperlukan” untuk mengekalkan ekonomi masing terus bertumbuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat