Adakah Sektor Buruh Sudah Menujukkan Tanda Semakin Pulih?

341

Rakyat Amerika Syarikat (A.S) sedang berhadapan dengan gelombang kedua pemberhentian para pekerja, ditambah pula dihimpit masalah permintaan yang lemah dan gangguan dalam rantaian bekalan telah menyebabkan tuntutan faedah pengangguran masih tinggi. Data ini menyokong pandangan sebahagian penganalisis bahawa pemulihan ekonomi tidak akan selancar yang diharapkan dan akan mengambil masa yang panjang.

Tuntutan awal faedah pengangguran mencatat jumlah 1.508 juta bagi minggu yang berakahir 13 Jun, jatuh daripada minggu sebelumnya yang mencatat 1.566 juta pengangguran sebagaimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari Khamis. Bacaan ini merupakan penurunan mingguan ke-11 secara berturut-turut. Walaubagaimanapun bacaan ini jauh lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi yang meramalkan 1.3 juta tuntutan bagi minggu lepas.

Data tuntutan pengangguran masih lagi tinggi walaupun majikan telah menggaji sebanyak 2.5 juta pekerja pada bulan Mei ketika sektor perniagaan dibuka kembali setelah ditutup pada pertengahan Mac.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell telah mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dihadapan para penggubal undang-undang minggu ini bahawa masih belum ada kepastian mengenai prospek ekonomi dan kadar pertumbuhan.

Steven Blitz, ketua ekonomi AS di TS Lombard di New York mengulas bahawa jumlah para pekerja yang kehilangan pekerjaan adalah besar dan terdapat banyak industri yang terkesan sehinggan menunjukkan tanda kemerosotan. Dari sektor pembuatan, peruncitan, teknologi maklumat dan pengeluaran minyak dan gas, syarikat telah mengumumkan pengurangan pekerjaan.

Indeks US dolar mencatat pengukuhan sebanyak 0.18% berbanding matawang utama setakat jam 10.00 p.m memandangkan Rizab Persekutuan AS telah berjanji untuk melakukan “apa sahaja yang diperlukan” untuk mengekalkan ekonomi masing terus bertumbuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat