Sentimen Perniagaan Kecil Kian Kendur? Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’!

330

Keyakinan perniagaan kecil Amerika Syarikat jatuh untuk bulan ketiga berturut-turut pada Oktober, menunjukkan bahawa inflasi dan kesukaran tenaga kerja mungkin memberikan kesan yang berpanjangan terhadap pendapatan perniagaan, berdasarkan laporan yang diterbitkan pada hari Selasa.

Indeks Persatuan Kebangsaan Perniagaan Kecil (NFIB) merosot kepada 90.7 pada Oktober daripada 90.8 pada September. Penurunan ini menjadikan indeks itu di bawah purata 50 tahunannya, iaitu 98, selama 22 bulan berturut-turut, dengan hasil bersih perniagaan yang melaporkan keuntungan lebih tinggi merosot 8 mata dari September kepada bahagian bersih negatif 32%.

Selepas bacaan NFIB mencapai puncaknya bagi tahun ini pada bulan Julai, sikap optimis perniagaan kecil telah berkurangan sejak bulan Ogos atas kebimbangan tentang pasaran tenaga kerja yang semakin ketat dan inflasi yang membimbangkan. Responden  melaporkan keuntungan berkurang adalah rentetan penjualan yang lemah dan kos input yang lebih tinggi.

“Data Oktober menunjukkan bahawa perniagaan kecil masih dalam fasa pemulihan, dan pemilik tidak optimis mengenai keadaan perniagaan yang lebih baik,” kata Bill Dunkelberg, pakar ekonomi utama NFIB. “Pemilik perniagaan kecil tidak meningkatkan inventori mereka kerana kos tenaga kerja dan tenaga tidak jua turun, menjadikan prospek untuk tahun berbaki ini suram.”

Apabila kitaran kenaikan kadar oleh Federal Reserve mula perlahan, ketidakpastian ekonomi masih berterusan bagi perniagaan kecil yang telah menghadapi kos pinjaman yang lebih tinggi sepanjang tahun. Unjuran yang berbagai mengenai kemungkinan kemelesetan ekonomi pada masa hadapan juga terus memberi impak kepada pandangan perniagaan.

Dalam tempoh enam bulan, bahagian pemilik yang menjangkakan keadaan perniagaan yang lebih baik kekal tidak berubah selepas merosot 6 mata kepada bahagian bersih negatif 43% pada September. Selain itu, 23% pemilik perniagaan menyenaraikan keadaan tenaga kerja yang ketat sebagai kebimbangan utama, manakala 22% responden menyenaraikan inflasi.

Perniagaan dalam sektor pembinaan, pengangkutan, dan perkhidmatan mengalami kesulitan kekurangan tenaga kerja paling kerap, manakala pemilik dalam sektor kewangan dan peruncitan mengalami kenaikan harga yang paling ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat