Sentimen ‘Risk-On’ Punca US Dolar Terkulai Layu!

610

US dolar ketara lebih lemah didagangkan pada Selasa semalam menyusuli pergerakan yang mendatar pada awal minggu.

Selepas pasaran Amerika Syarikat (AS) kembali beroperasi semula, penyusutan US dolar pada penutup minggu lalu nampaknya diteruskan kembali semalam.

Antara faktor semasa yang dilihat mendorong penyusutan US dolar ketika ini adalah sentimen pasaran yang positif (risk-on) susulan perkembangan di China.

China telah menurunkan kadar faedah sebagai usaha untuk memulihkan pasaran hartanah yang sedang bergelut dan meningkatkan harapan untuk tambahan rangsangan yang boleh menyumbangkan kepada pertumbuhan global.

China menurunkan kadar pinjaman utama 5-tahun sebanyak 25 mata asas, yang terbesar dan jauh daripada jangkaan penganalisis.

Ini telah menyebabkan situasi penjualan ke atas US dolar oleh para pemain pasaran dan menyaksikan lonjakan nilai pada mata wang utama yang lain.

Termasuk mata wang Eropah, Pound paparkan lonjakan ketara selain disokong oleh kenyataan berbaur hawkish oleh gabenor bank pusat England (BOE) Andrew Bailey.

Bailey mengatakan beliau selesa dengan jangkaan pelabur untuk penurunan kadar faedah pada tahun ini, tetapi ekonomi Britain menunjukkan isyarat untuk pulih dari kancah kemelesetan pada penghujung 2023 lalu.

Mata wang Asia termasuk Yen, dolar Aussie dan Kiwi turut pamerkan peningkatan positif sejak semalam.

Pasaran akan kekal berwaspada untuk dagangan hari ini sementara menantikan terbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis esok selain data-data PMI pembuatan dan perkhidmatan akan diberikan tumpuan seterusnya.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah bagi kedua-dua penanda aras WTI dan Brent mengalami perubahan pada corak harga dengan masing-masing catatkan penurunan semula semalam.

Sementara, dagangan emas pula lebih bersinar apabila peningkatan harga berjaya mencapai semula paras tumpuan pada $2,030 seperti yang diharapkan para pelabur logam kuning itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat