Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Malam Ini

35

Pengukuhan US dolar dan hasil bon yang tinggi memberi tekanan kepada aset selamat seperti emas pada sesi dagangan Rabu, tetapi harga komoditi ini mengukuh dalam sesi New York hari ini dengan Usd/Jpy kini gagal mengekalkan harga di atas 114.00.

Terdapat juga komen ‘hawkish‘ oleh Presiden Fed Boston iaitu Eric Rosengren yang menyatakan kenaikan tiga kali kadar pada tahun ini adalah munasabah walaupun beliau bukan pengundi dalam FOMC tahun ini.

Emas melonjak dalam sesi Asia pada Khamis berikutan matawang US dolar gagal meneruskan kenaikan di mana emas mendapat sokongan di sekitar 1225.00.

Data terbaru dari US menunjukkan tuntutan pengangguran US mencapai paras terendah 28 tahun lalu di mana jumlah tuntutan berkurangan kepada 236,000 berbanding jumlah sebelum ini iaitu 238,000. Ini menunjukkan keyakinan dalam pasaran pekerjaan yang semakin baik dari masa ke semasa.

Satu lagi data yang dikeluarkan malam tadi ialah data inflasi US iaitu harga pengeluar (PPI, Producer price index) yang naik 0.5% pada April dengan kadar teras naik 0.4%.

Data pasaran pekerjaan yang kukuh akan meningkatkan lagi jangkaan bahawa The Fed akan menaikkan kadarnya pada mesyuarat Jun.

Dalam pasaran bon, hasil bon 10-tahun US juga semakin menghampiri paras 2.42%. Kini citarasa kepada risiko (risk-appetite) masih lagi kukuh yang menyerap permintaan terhadap aset selamat.

Kombinasi antara pengukuhan US dolar dan juga hasil-bon yang tinggi telah mencetuskan tekanan penjualan terhadap emas dengan sasaran menuju ke 1220.00. Walaupun harga emas bergerak dalam keadaan ranging, ia sempat menguat dalam sesi US sebentar tadi berikutan pasaran Wallstreet jatuh mendadak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat