Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Malam Ini

61

Komoditi kuning kini semakin menghampiri paras harga $1300 dalam sesi Asia hari ini sebelum kehilangan sedikit momentum dan kini emas sedang menguat semula semasa artikel ini ditulis.

Harga perak meningkat ke paras tertinggi lima bulan lepas pada Isnin dengan pelabur-pelabur dilihat bimbang memegang aset berisiko. Dalam masa yang sama US dolar jatuh untuk kali kelima dalam masa enam hari.

Logam kelabu telah melonjak empat peratus sepanjang minggu lalu dan didagang di paras tertinggi sejak pilihanraya Presiden US.

Sentimen ‘risk off‘ dan harga US dolar yang lebih rendah telah menjadi faktor lonjakan logam berharga seperti perak dan emas. Pasaran dalam keadaan berjaga-jaga sejak 6 April apabila Presiden Trump mengarahkan serangan ke atas Syria berikutan penggunaan senjata kimia terlarang.

Faktor geopolitik terus menambah tekanan kepada US dolar. Kebimbangan terhadap risiko geopolitik terus memberi kesan kepada sentimen pelabur. Sentimen ini juga dapat dilihat dalam pasaran forex dengan Yen sebagai matawang yang mendapat faedah di mana Usd/Jpy kini didagang di bawah paras 109.00.

US dolar masih lagi tersungkur dengan Indeks US dolar yang mengukur kekuatan ‘greenback‘ berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.28% ke paras 99.93 yang turut disebabkan kelemahan data harga pengguna (CPI) dan jualan runcit.

Pasaran saham US melonjak pada Isnin dengan pasaran membuat ‘pembetulan harga’ (correction) berikutan kejatuhan minggu lepas. Indeks S&P 500 dan Dow Jones naik 0.4%.

Pelabur ketika ini sedang menunggu laporan pendapatan berprofail tinggi dari Johnson&Johnson dan juga Bank of America Corp.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat