Sentimen Semasa Pasaran Kewangan Global Setakat Ini

64

Emas tertekan selepas data pekerjaan (JOLTS) positif pada Selasa dan menjelang penutupan pasaran Eropah pada hari tersebut emas berjaya mengukuh semula apabila timbulnya risiko geopolitik melibatkan US – Korea Utara.

Emas sejak mencapai paras terendah pada Selasa, melonjak sehingga hampir 250 pip setakat pukul 10.26 malam pada Rabu.

Instrumen ‘safe-haven’ seperti emas seringkali mendapat sokongan mendadak apabila berlaku risiko dalam pasaran. Para pelabur akan mengeluarkan modal pelaburan mereka daripada instrumen berisiko seperti pasaran saham dan masuk ke pasaran kurang berisiko atau pun penyimpan nilai.

Pasaran selamat untuk pelaburan dalam keadaan sentimen risk-off biasanya adalah Yen, Swiss Franc, Emas, dan Bon. Oleh itu, kita dapat melihat pengukuhan kepada instrumen-instrumen ini sejak lewat Selasa apabila ketegangan geopolitik antara US-Korea Utara semakin memuncak.

Disebabkan risiko ini USDJPY jatuh sehingga hampir 130 pip dari paras tertinggi Selasa 110.82 ke paras terendah Rabu 109.55.

Pasaran saham global juga tidak terkecuali dari mendapat kesan negatif risiko geopolitik apabila kita melihat Wallstreet ditutup lebih rendah pasa Selasa diikuti pasaran Asia yang majoritinya meleset dengan Nikkei susut 1.29%. Ini berlarutan apabila sesi awal pasaran Eropah menunjukkan kemelesetan majoriti indeks saham di Eropah.

Krisis geopolitik ini akan menjadi faktor penting yang akan terus memberi kesan kepada pasaran dalam jangka pendek khususnya kepada US dolar dan emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat