Sentimen Terkini Pasaran Forex Menjelang New York Open

553

Matawang US dollar secara keseluruhan bergerak mendatar selepas komen Trump yang seakan membantah pengetatan kadar faedah The Fed pada Jumaat lepas.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.02% setakat pada pukul 8.28 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.07% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.06%. USD/JPY setakat ini pula jatuh 0.27%, USD/CAD susut 0.02% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.08%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing merosot sebanyak 0.26% dan 0.03% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang AUD/JPY adalah pair yang paling banyak berubah dengan jatuh sebanyak 0.51%.

Terdapat laporan daripada Jepun yang mengatakan Bank of Japan (BoJ) membincangkan perubahan dasar monetari. Reuters melaporkan bahawa BoJ sedang aktif dalam perbincangan untuk mengubah program rangsangan monetari yang besar di mana bank pusat ini akan bermesyuarat pada penghujung bulan.

Indeks saham Eropah pada Isnin membuat penurunan berikutan kebimbangan pasaran terhadap rundingan perdagangan AS-EU. Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah Juncker akan bertemu pada Rabu bagi membincangkan hal ehwal perdagangan dua hala.

Harga minyak mentah pula naik sehingga lebih daripada satu peratus berikutan kebimbangan terhadap berkurangnya pengeluaran. Minyak mentah WTI dan Brent masing-masing merekodkan kenaikan 1.26% dan 1.25% setakat pada pukul 8.44 malam.

Matawang CAD mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi hitam di mana Loonie hanya lemah berbanding Yen ketika ini. Selain daripada peningkatan harga minyak, CAD juga mendapat manfaat daripada kenaikan salah satu komoditi utamanya iaitu kayu balak yang naik 0.43%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat