Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

562

US dollar merosot pada awal dagangan sesi Eropah pada Rabu walaupun dengan sentimen yang beransur pulih. Kedua-dua pemimpin tertinggi Amerika Syarikat (AS) dan China memberikan komen positif sekaligus meredakan ketegangan perdagangan sebelum ini.

Isu perdagangan semakin reda dan jelas dilihat pada hari Selasa, apabila aset safe-haven terutamanya Yen membuat penurunan yang banyak. Kita juga melihat pasaran Wallstreet membuat kenaikan dua hari berturut-turut pada Selasa, apabila sentimen menjadi semakin baik.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.14% setakat pada pukul 3.47 petang.

Setakat ini matawang paling kuat adalah matawang GBP dan diikuti dengan Euro. Manakala matawang paling lemah adalah AUD dan NZD.

EUR/USD setakat ini naik 0.20%, GBP/USD naik 0.23%, USD/JPY turun 0.15%. AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing jatuh 0.13% dan naik 0.07%.

GBP/AUD pula naik 0.36% dengan GBP/NZD naik 0.21%. EUR/AUD naik 0.30% dengan EUR/NZD naik 0.14%.

Selepas komen-komen positif oleh kedua-dua pemimpin pada Selasa, pasaran hari ini akan mengalihkan tumpuan mereka kepada data inflasi (CPI) Amerika yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini.

Namun, pasaran ada sedikit bimbang dengan perkembangan geopolitikal di Syria. Pihak Eropah memberi amaran kepada semua penerbangan agar berhati-hati di Timur Mediterranean kerana potensi serangan udara ke Syria dalam tempoh 3 hari ini. Oleh itu, memang terdapat sedikit pengukuhan kepada Yen hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat