Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Dagangan Asia

674

US dollar tidak banyak berubah berbanding matawang utama yang lain pada awal sesi dagangan Jumaat. Kini US dollar sedikit jatuh dari paras tertinggi 13 bulan yang lalu berikutan sentimen pasaran yang semakin pulih dengan pelabur menunggu rundingan peringkat bawahan antara AS-China pada 22-23 Ogos ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.13% setakat pada pukul 9.35 pagi.

Indeks US dollar baru-baru ini membuat kenaikan sehingga 96.984 yang tertinggi sejak Jun 2017 pada Rabu selepas junaman oleh Lira Turki dan juga kebimbangan terhadap keadaan ekonomi China. Dua isu ini telah memberi kesan kepada matawang negara baru membangun (emerging market) sekaligus menyebabkan pelabur beralih kepada safe-haven.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.05%, di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.06%. USD/JPY pula membuat penurunan 0.04%, USD/CAD didagangkan menurun 0.10%. USD/CHF pula jatuh 0.03%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.23% dan 0.11%.

Selepas daripada siri berbalas tariff antara kedua negara, kini Amerika dan China akan ke meja rundingan dan membincangkan isu perdagangan. Walaubagaimanapun, ini adalah rundingan peringkat bawahan di mana dijangka tiada keputusan muktamad akan dibuat.

Dalam perkembangan berlainan, wakil Amerika dalam rundingan NAFTA, Robert Lighthizer menyatakan keyakinan terhadap rundingan tersebut yang mungkin berjaya disepakati dalam tempoh beberapa hari lagi.

Perkembangan positif dalam pasaran Wallstreet yang ditutup pagi tadi menunjukkan ketiga-tiga indeks utama berakhir positif. Dow Jones naik 1.58%, Nasdaq naik 0.42% dan S&P 500 naik 0.79%. Ia sekaligus menambah keyakinan pasaran secara keseluruhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat