Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Asia Hari Jumaat

696

US dollar berhadapan kesukaran dalam pergerakannya berhampiran paras terendah dua bulan yang lalu, di mana matawang Yen pula melemah secara keseluruhan pada sesi dagangan hari Khamis. Permintaan matawang safe-haven semakin berkurangan sejak Khamis dengan perubahan sentimen pelabur yang melihat konflik perdagangan AS-China berkemungkinan tidak banyak memberi kesan buruk kepada pertumbuhan global.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.02% setakat pada pukul 9.49 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.02%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.03%. USD/JPY pula naik 0.03%, dengan USD/CAD turut didagang tidak berubah. USD/CHF pula membuat penurunan 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.12% dan peningkatan 1.04%.

Indeks US dollar jatuh lebih dari satu peratus pada minggu ini dengan aliran modal beralih daripada US dollar kepada matawang-matawang lain seperti matawang pasaran baru membangun (emerging market) selepas sentimen perang-dagang yang sedikit reda.

“Keyakinan terhadap isu perdagangan AS-China menghasilkan sentimen Risk-On sekaligus membuka jalan kepada kenaikan matawang Euro,” demikian kata Masafumi Yamamoto, ketua strategist forex di Mizuho Securities Tokyo.

Dalam perkembangan lain, pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) masih lagi bercelaru dalam isu Brexit di mana tiada pihak yang enggan mengalah dalam isu sempadan Ireland. Semalam berlangsung sidang media antara Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dan Perdana Menteri UK  Theresa May di mana Tusk menjelaskan bahawa tiada perjanjian Brexit tanpa sebarang penyelesaian yang jelas terhadap sempadan Ireland.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat