Sentimen Terkini Pasaran Forex : Safe-Haven JPY Matawang Terkuat

659

Matawang Yen menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain termasuk US dollar sepanjang sesi Asia sehingga pada awal sesi Eropah pada Selasa. Matawang Yen iaitu salah satu daripada aset safe-haven menguat selepas Presiden menambah ketegangan dalam isu perang perdagangan. Presiden Trump pada Selasa menambah potensi untuk mengenakan tariff US$200 billion terhadap barangan China.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.06% setakat pada pukul 2.52 petang.

Major pair EUR/USD setakat ini susut 0.28% dengan GBP/USD susut 0.20%. USD/JPY setakat ini membuat membuat penurunan sebanyak 0.75%, USD/CAD pula naik 0.30% dengan USD/CHF susut sebanyak 0.20%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menyusut sebanyak 0.70% dan 0.71%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY, manakala matawang paling lemah adalah GBP dan Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/JPY dan EUR/JPY masing-masing jatuh sebanyak 1.45% dan 1.06%.

Pasaran ketika ini berada dalam keadaan berisiko (Risk-Off) dengan ketegangan perang perdagangan semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan China. Hal ini sekaligus telah memberi faedah kepada aset safe-haven seperti Yen, CHF dan emas.

Dalam kenyataannya pada Isnin, Trump berkata telah mengarahkan pegawainya untuk meneliti barangan China yang akan dikenakan tariff baru. Ini adalah tindak balas terhadap tindakan China yang mengenakan tariff US$50 billion terhadap barangan China yang juga merupakan tindak balas daripada tariff Amerika pada mulanya.

“China nampaknya tiada niat untuk mengubah tindakan ‘tidak-adil’ mereka yang berkaitan dengan pengambil-alihan harta-intelek dan teknologi Amerika Syarikat. Mereka kini mengancam syarikat Amerika, pekerja, dan petani,” kata beliau.

China juga menyatakan kesediaan mereka untuk melawan balik tindakan tariff yang dikenakan oleh Amerika jika tariff baru itu menjadi realiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat