Sentimen Terkini Pasaran Forex, Saham, Emas, dan Bon Dunia

109

Kombinasi kelemahan US dolar, hasil bon yang rendah dan sedikit sentimen risk-off telah melonjakkan harga emas dengan pasaran masih terus memerhatikan perkembangan politik AS.

Pasaran saham juga di bawah tekanan pada lewat sesi Eropah pada Selasa dengan kerugian diketuai oleh pasaran Amerika Syarikat. S&P 500 susut 1.24% dalam sesi Selasa yang merupakan kajatuhan terbanyak dalam masa satu hari sejak lima bulan lepas.

US dolar juga kehilangan kekuatan sejak tiga minggu lepas, dengan Eur/Usd menguji paras 1.0800.

Kejatuhan dalam pasaran saham AS mencetuskan permintaan terhadap instrumen bon dengan hasil bon 10-tahun meneruskan penyusutan sejak penetapan polisi monetari The Fed minggu lalu.

Faktor-faktor ini di mana kelemahan US dolar, kejatuhan hasil bon kerajaan AS, dan pengurangan citarasa pelabur kepada risiko pelaburan menyebabkan permintaan kepada komoditi emas meningkat dan menolak harganya ke atas.

Selepas menguat dalam sesi pembukaan pasaran AS pada Selasa, permintaan emas melonjak dan menembusi paras $1235 dan terus ke paras $1245 yang merupakan paras tertinggi sejak tiga minggu lalu di mana dalam sesi sama pasaran saham susut mendadak.

Dengan kejatuhan pasaran saham AS, ia diikuti oleh kelemahan pasaran Asia pada Rabu di mana indeks Nikkei merosot sehingga 2.13% kepada 19,041 yang merupakan paras terendah sebulan yang lepas. Penyusutan ini banyak disumbangkan oleh kaunter-kaunter seperti Warehousing, pelaburan, dan perkhidmatan kewangan.

Usd/Jpy masih meneruskan penurunan dan jatuh sehingga hampir mencapai paras terendah empat bulan lalu di sekitar 111.10. Pasaran matawang juga dilihat bercampur-campur dengan US dolar mendapat sedikit kenaikan dalam pembukaan pasaran Eropah petang tadi.

Laporan data dari AS minggu ini dilihat kurang memberi impak kepada pasaran saham Amerika Syarikat. Perkembangan politik akan menjadi perhatian pasaran sama ada AS ataupun Eropah, kerana dua wilayah ini yang paling kritikal kepada pasaran kewangan global ketika ini, dan tidak lupa juga China dan Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat