Sentimen Terkini Pasaran Forex Selepas Kejatuhan US Dollar Pada Selasa

747

US dollar melemah pada Selasa selepas Presiden Trump berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan The Federal Reserve menaikkan kadar faedah.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.41% setakat pada pukul 2.41 petang.

Mesyuarat seterusnya bagi bank pusat Amerika Syarikat itu dijangka akan meningkatkan kadar faedah. Pasaran menjangka ia akan dinaikkan pada September dan seterusnya pada Disember. Sejak Trump menjadi Presiden, Fed telah menaikkan kadar sebanyak lima kali.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.32%, di mana GBP/USD merekodkan peningkatan 0.30%. USD/JPY pula hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.02%, USD/CAD didagangkan merosot 0.11%. USD/CHF pula jatuh 0.34%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.20% dan 0.66%.

Trump sekali lagi mengkritik China dan Kesatuan Eropah memanipulasi matawang mereka. “Saya rasa China memanipulasi matawang dan saya rasa Euro juga dimanipulasi,” kata Trump dalam temubual bersama Reuters.

Penganalisis berpendapat tiada sebab untuk Fed menghentikan kenaikan kadar faedah selagi ekonomi berada dalam keadaan baik.

Tumpuan minggu ini akan terarah kepada rundingan peringkat bawahan AS-China dalam isu perdagangan. Pasaran secara keseluruhan berharap pertemuan ini mampu membuka jalan kepada rundingan peringkat tertinggi daripada kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat