Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Petang Ini : GBP Matawang Terkuat

476

Matawang US dollar masih lemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi Eropah. Matawang greenback pada mulanya sedikit menguat, namun melemah semula selepas ketidaktentuan politik di Itali semakin reda.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.17% setakat pada pukul 2.47 petang dengan pair EUR/USD ketika ini cuba meneruskan kenaikannya pada Khamis.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.27% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.28%. USD/JPY pula susut 0.20%, USD/CAD hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.02%. USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.08%. AUD/USD hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.01% dan NZD/USD merekodkan kenaikan 0.13%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah GBP dan Euro, manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/AUD naik sehingga 0.27% dengan pair EUR/AUD naik 0.25%.

Euro ketika ini membuat kenaikan dan menjadi matawang kedua terkuat pada awal sesi Eropah apabila ketegangan politik Itali dilihat semakin reda. Kini pasaran menjangka pilihanraya semula akan dijalankan selepas rundingan pembentukan kerajaan sebelum ini bertemu jalan buntu. Antara faktor yang membantu sentimen pasaran Eropah juga adalah komen pemimpin 5-star movement yang berkata mereka tidak berniat untuk membawa Itali keluar daripada Euro.

AUD pula menjadi matawang paling lemah selepas data CAPEX (capital expenditure) meleset daripada jangkaan pasaran pagi tadi. Bacaan hanya merekodkan kenaikan 0.4% berbanding jangkaan 1.0%. Selain itu, negara jiran Australia, New Zealand turut merekodkan data yang kurang baik dengan indeks keyakinan perniagaan ANZ jatuh ke paras -27.2 berbanding jangkaan -23.4.

Matawang GBP pula adalah matawang terkuat pada awal sesi Eropah. Namun, tiada sebab jelas yang menyokong kepada kenaikannya setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat