Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Petang Ini : Itali dan Korea Utara

641

Matawang US dollar melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi Eropah. Namun, US dollar dilihat menguat berbanding Yen walaupun matawang Jepun ini adalah matawang terkuat pada minggu ini.

USD/JPY setakat ini telah mencatat kenaikan 0.05% setakat pada pukul 3.14 petang.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.18% setakat pada pukul 3.15 petang.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.33% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.17%. USD/JPY pula naik 0.05%, USD/CAD naik 0.05% dengan USD/CHF membuat kenaikan sebanyak 0.11%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.01% dan 0.22%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah matawang Euro dan matawang paling lemah adalah CHF. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/CHF jatuh sebanyak 0.41% setakat pada pukul 3.18 petang.

Ketika ini, ketegangan geopolitik semakin reda di Asia selepas White House mengesahkan pertemuan dengan Korea Utara sekaligus meningkatkan keyakinan pasaran. Amerika Syarikat ketika ini sedang bersiap-sedia untuk pertemuan Presdien Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un.

Perkembangan politik di Itali juga telah menyokong kenaikan matawang Euro dan menyebabkan kelemahan aset safe-haven seperti emas, Yen dan CHF. Sentimen politik Itali beransur pulih apabila Di Maio pemimpin parti 5-star movement menyatakan pada Selasa bahawa mereka tidak berniat untuk membawa Itali keluar daripada Kesatuan Eropah. Sentimen semakin baik apabila beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Presdien Itali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat