Sentimen Terkini Pasaran : Ini yang Berlaku Selepas Tariff Amerika Syarikat Berkuatkuasa

623

Matawang berkadar faedah tinggi AUD dan NZD dilihat menguat pada sesi dagangan hari Jumaat yang mana meneruskan kenaikan sejak sesi Khamis. US dollar pula tidak banyak berubah dengan pasaran kini sedang berhati-hati apabila tariff import terhadap produk China telah berkuatkuasa pada pukul 12 tengah hari tadi waktu Malaysia.

Konflik perang perdagangan antara AS-China bermula apabila Amerika terlebih dahulu mengenakan tariff terhadap $34 billion produk China tengah hari tadi. Fokus ketika ini terarah kepada bentuk respon yang berkemungkinan diambil oleh China.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain semakin kekal lemah pada awal sesi Eropah dengan merekodkan kejatuhan 0.17% setakat pada pukul 2.43 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.15% dengan GBP/USD naik 0.08%. USD/JPY setakat ini pula tidak berubah, USD/CAD susut 0.05% dengan USD/CHF jatuh 0.10%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.30% dan 0.44% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY membuat kenaikan sehingga 0.43% setakat ini.

“Tariff itu telah berkuatkuasa. Tetapi untuk melihat kesannya akan mengambil masa enam hingga 12 bulan, di mana pergerakan matawang kurang terkesan kerana pasaran sedang fokus kepada data pekerjaan NFP,” demikian kata Bart Wakabayashi penganalisis di State Street Bank Tokyo.

“Pemain pasaran akan mengalihkan tumpuan mereka daripada isu perdagangan kepada data pekerjaan NFP, dan jika bacaan kukuh direkodkan US dollar akan membuat kenaikan,” Yukio Ishizuki strategist matawang di Daiwa Securities Tokyo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat