Sentimen Terkini Pasaran Minyak Mentah Global

42

Harga minyak mentah susut dalam sesi Asia hari ini berikutan peningkatan terbaru jumlah pelantar AS (Amerika Syarikat) yang konsisten selama tujuh bulan lalu.

Pertumbuhan ekonomi rendah dicatatkan oleh China dan kebimbangan kepada pengeluaran dari Rusia turut memberi kesan kepada kejatuhan minggu lalu. Tambahan lagi jangkaan kenaikan kadar The Fed berpotensi memberi takanan kepada harga komoditi ini di mana kadar faedah yang lebih tinggi akan menguatkan US dolar.

Seperti yang dikeluarkan pada lewat sesi Jumaat, Baker Hughes melaporkan pertambahan tujuh pelantar di AS minggu lalu kepada 609 pelantar setakat ini, yang juga merupakan jumlah tertinggi sejak 17 bulan yang lalu. Jumlah ini dijangka akan bertambah lagi beberapa bulan akan datang dengan potensi kenaikan pelaburan modal dalam industri ini.

Perjanjian pemotongan bekalan minyak mentah oleh 24 negara sebelum ini terus menyokong pengeluaran dari AS di mana AS merekodkan 132 pertambahan pelantar sejak perjanjian itu dimeterai.

Selain pengeluaran dari AS, jangkaan pemotongan oleh Rusia yang kurang daripada jangkaan mengurangkan keyakinan pedagang kepada perjanjian ini. Rusia hanya mengurangkan 120,000 tong sehari berbanding 300,000 yang dijanjikan sebelum ini.

Ketika ini harga komoditi hitam menguat selepas mencapai paras terendah dalam sesi Asia pagi tadi. Minyak WTI (west texas intermediate) naik dari paras terendah $53.01 setong dan kini didagang di sekitar $53.46. Manakala minyak Brent naik dari paras terendah hari ini $55.37 setong kepada $55.89 ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat