Sentimen Terkini Pasaran : Perang Dagang Sedikit Reda Sejak Rabu

600

Tiada berita terbaru yang memangkin pergerakan pasaran matawang dalam sesi Asia pada hari Khamis. Oleh itu, pasaran fokus kepada apa yang berlaku dalam sesi dagangan sebelum ini di mana tindakan kerajaan Amerika Syarikat dalam isu dagangan global tidaklah sekeras yang dijangka oleh pasaran.

White House pada Rabu berkata tiada halangan kepada syarikat yang dimiliki 25% atau lebih oleh China daripada membeli teknologi dari Amerika Syarikat, tetapi kerajaan akan bergantung kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) untuk menyelia pelaburan asing di negara itu khususnya industri teknologi.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain naik 0.22% setakat pada pukul 3.12 petang.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini susut 0.18% dengan GBP/USD jatuh 0.31%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.09%, USD/CAD naik 0.05% dengan USD/CHF naik 0.18%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.08% dan 0.57% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD dan AUD, manakala matawang paling lemah adalah, NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/NZD dan AUD/NZD masing-masing naik 0.40% dan 0.46% setakat ini.

US dollar adalah antara matawang yang menguat ketika ini selepas Presiden Trump dilaporkan akan mengukuhkan peranan ‘proses penilaian keselamatan kebangsaan’ dalam melindungi teknologi di Amerika Syarikat daripada China.

Matawang komoditi AUD dan CAD mendapat manfaat daripada sentimen perang dagang yang reda ini. Namun, NZD pula tertekan disebabkan penetapan polisi monetari oleh bank pusat New Zealand pukul 5 pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat