Sentimen Yang Menaikkan Matawang Dollar Kanada (CAD) Setakat Ini

766

Dolar Kanada (CAD) menjadi matawang terkuat setakat ini pada sesi dagangan AS hari Rabu. Ada beberapa pemangkin yang boleh diambil kira kepada kenaikan matawang ini sejak sesi Eropah. Pertama sekali adalah kenaikan harga minyak mentah terutamanya WTI yang didagangkan di NYMEX.

Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) ketika ini didagangkan di sekitar $72.31 naik 2.48% setakat ini. Apa yang menambah kenaikan komoditi hitam pada Rabu adalah pengurangan inventori minyak mentah lebih daripada jangkaan di Amerika Syarikat yang diumumkan oleh EIA (Energy Information Administration) pada pukul 10.30 malam tadi.

Kedua, kenaikan CAD adalah berikutan kebimbangan perang dagangan yang sedikit reda selepas pengumuman White House sekitar pukul 7 malam tadi. White House berkata tiada halangan kepada syarikat yang dimiliki 25% atau lebih oleh China daripada membeli teknologi dari Amerika Syarikat, tetapi kerajaan akan bergantung kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) untuk menyelia pelaburan asing di negara itu.

Pengumuman tersebut sekaligus telah mencetuskan sentimen Risk-On di kalangan pelabur dan hasilnya pasaran saham Amerika Syarikat dibuka lebih tinggi dan didagangkan positif ketika ini. Disebabkan kebergantungan yang tinggi oleh Kanada terhadap eksport ke Amerika Syarikat, ia sekaligus telah memberi kesan positif kepada matawang dollar Kanada.

Paling utama adalah potensi kenaikan kadar faedah Bank of Canada (BoC) yang meningkat semula selepas jatuh sejak beberapa minggu ini disebabkan ketegangan perdagangan. Dengan perkembangan terbaru dari Amerika Syarikat, pasaran menjangka BoC akan menaikkan kadar faedahnyapada 11 Julai ini kepada 1.50%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat