‘Senyap’ Je USD Hari Ini, Tunggu Apa Tu?

824

Pasaran mata wang bergerak perlahan pada awal minggu, menyaksikan US dolar mendatar pada paras tertinggi enam bulan berbanding pesaing utamanya.

Minggu ini bakal dipenuhi dengan mesyuarat dari 4 bank pusat utama, Federal Reserve (Fed), Swiss National Bank (SNB), Bank of England (BOE) dan Bank of Japan (BOJ).

Fed tentunya menjadi tumpuan utama pelabur, namun pada masa yang sama, bank pusat Jepun turut mencuri perhatian lebih-lebih lagi selepas petunjuk yang diberikan Gabenor Kazuo Ueda minggu lalu.

Ueda memberitahu mengenai kemungkinan untuk beralih daripada dasar monetari semasa yang longgar selepas mata wang yen mengalami penyusutan nilai yang berterusan.

Pada sesi Eropah, mata wang yen didagangkan hampir tidak berubah pada paras terendah 10 bulan berbanding dolar greenback.

Sementara itu, mata wang euro terus terperangkap di paras terlemah enam bulan berbanding US dolar, manakala pound pula suram pada paras terendah tiga bulan.

Sebelum mesyuarat BOE pada Khamis, pelabur akan diperlihatkan dahulu dengan penerbitan data inflasi UK pada hari Rabu.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand kekal stabil pada sekitar harga yang sama, dengan pelabur memberi tumpuan kepada penerbitan minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) pada hari esok (Selasa).

Dolar Kanada pula terus mempertahankan pengukuhannya selepas ditutup lebih tinggi pada minggu dengan sokongan daripada dagangan minyak mentah yang kekal kuat di paras tertinggi sejak November.

Terbitan data inflasi Kanada pada sesi New York esok akan menjadi tumpuan pelabur yang boleh menentukan pergerakan seterusnya buat dolar Kanada.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat