Seperti Dijangka, Gabenor Baru BOJ Kekalkan Kadar Faedah Negatif!

358

Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi pertama yang dipimpin oleh Gabenor baharu Kazuo Ueda.

Keputusan itu selaras dengan jangkaan pasaran bahawa kadar faedah negatif kekal pada -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun sekitar 0%.

Bank pusat itu juga tidak membuat perubahan pada panduannya yang membolehkan hasil bon 10 tahun bergerak dalam julat +/-0.50% seperti diputuskan pada Disember.

Rentetan daripada itu, ia terus menolak mata wang yen jatuh lebih rendah berbanding US dolar ke sekitar 134.88, susut kira-kira 0.7%, pada waktu penulisan ini.

Walaupun bank pusat itu kekal dengan dasar semasa, tetapi kadar inflasi di negara itu terus menunjukkan peningkatan.

Terbaharu, indeks harga pengguna (CPI) di Tokyo meningkat 3.5% pada bulan April, melebihi jangkaan untuk tidak berubah pada 3.2% yang dicatatkan sebelumnya.

Inflasi di Tokyo adalah penunjuk utama arah aliran seluruh negara. CPI teras seluruh negara Jepun kini berada pada 3.1% pada bulan Mac.

Terdahulu, laporan akhbar awal minggu ini melaporkan bahawa BOJ akan melancarkan kajian semula dasar monetari dengan memahami sebab di sebalik ekonomi Jepun tidak stabil dan mereka bentuk langkah lebih berkesan.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada kenyataan susulan Gabenor Ueda berikutan keputusan terbaru bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat