Seperti Dijangka, GBP/USD Dah Terjun Semula Cecah Zon $1.2700!

208

Semakin jelas perubahan corak harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam yang susut dari paras ketinggian 10 minggu yang dicapai.

Pada Selasa lalu, harga berjaya menyentuh paras 1.28000 yang menjadi zon rintangan penting sebelum harga mula berundur turun semula.

Dengan pengukuhan US dolar yang dilanjutkan, harga telah kembali menghampiri semula zon sokongan penting 1.27000 dengan pergerakan harga perlahan di sekitar itu di sesi Asia pagi ini (Khamis).

Harga berikan isyarat bearish apabila pergerakan yang telah berada semula di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menuju dagangan penghujung minggu ini.

Pelabur melihat kecenderungan harga adalah lebih rendah ke bawah dengan menyambung penurunan pada sesi-sesi berikutnya.

Di samping itu juga, Pound sememangnya berisiko untuk alami penyusutan setelah bank pusat England (BOE) pada mesyuarat tempoh hari memberi isyarat untuk peralihan ke dasar yang lebih longgar.

Sekiranya harga semakin menurun lebih rendah ke bawah, paras tumpuan seterusnya dijangka bakal dicecah harga adalah pada sekitar 1.26000.

Jika masih penurunan dilanjutkan, sasaran akan beralih pada sekitar 1.25000 pula.

Namun jika harga melonjak semula dari zon 1.27000 yang diuji ketika ini, berkemungkinan halangan MA50 akan dilepasi sebelum menjadi petunjuk untuk harga meneruskan trend bullish sebelum ini.

Zon rintangan pada 1.28000 bakal diuji sekali lagi dan jika ditembusi, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan dan seterusnya harga disasarkan untuk menuju 1.29000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat