Seperti Dijangka, New Zealand Lanjutkan Lagi Lockdown

478

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memperpanjangkan langkah penutupan di seluruh negara sehingga 24 Ogos, ketika angka kes jangkitan Covid-19 di negara itu terus menunjukkan peningkatan.

Pada hari ini, sebanyak 11 kes baru telah dilaporkan, di mana tiga kes daripadanya dikesan di Wellington, iaitu kawasan berbeza dengan tempat pertama kes dilaporkan di Auckland pada Selasa.

Ini menimbulkan kebimbangan bahawa wabak coronavirus di negara itu telah mula menular ke kawasan yang lain.

Pegawai kesihatan awam terkemuka, Dr Ashley Bloomfield mengatakan dari 31 jangkitan, 19 disahkan mempunyai kaitan dengan kes awal dari Sydney, sementara 12 kes lain masih disiasat tetapi ada tanda-tanda bahawa ia saling berkaitan.

Tiga kes baru yang dikesan di Wellington dikatakan berpunca daripada individu yang melakukan perjalan ke Auckland dan telah mengunjungi lokasi-lokasi yang dikenal pasti terdedah kepada wabak itu, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Dolar New Zealand terus melemah di paras terendah 9 bulan, dengan didagangkan di sekitar harga 0.6819 berbanding USD pada sesi Eropah.

Pentadbiran PM Ardern sebelum ini mendapat pujian atas kejayaannya dalam membendung Covid-19 denga melaksanakan langkah sekatan yang ketat dan menutup sempadan negara sejak Mac 2020.

Namun, dengan penularan terbaru, pemerintahannya berdepan persoalan mengenai program vaksinasi yang melambat.
Setakat ini, kira-kira 19% daripada 5.1 juta penduduk negara ini telah divaksinasi sepenuhnya, antara yang paling lambat di kalangan negara-negara OECD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat