Serba Dinamik Akhirnya Gulung Tikar

4,840

Serba Dinamik Holding Bhd (SDHB) akhirnya digulungkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan petisyen yang difailkan enam institusi kewangan untuk berbuat demikian.

Pempetisyen tersebut adalah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Bhd, Ambank Islamic Bhd, MIDF Amanah Investment Bank Bhd, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd.

Keputusan yang dibuat pada Selasa itu menyaksikan Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan penggulungan Serba Dinamik dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Bhd, Serba Dinamik Sdn Bhd dan Serba Dinamik International Ltd.

Difahamkan, syarikat itu akan diletakkan di bawah pelikuidasi (liquidator), Victor Saw, Pelikuidasi Berlesen PriceWaterhouseCoopers (PWC).

Terdahulu, empat syarikat yang mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion itu berjanji untuk membayar 15% daripada hutang mereka kepada pemberi pinjaman tempatan menjelang 31 Ogos tahun lepas dan bakinya pada akhir 2022, namun gagal.

Saham Serba Dinamik di Bursa Malaysia digantung sejak 23 Disember selepas gagal mengemukakan laporan tahunannya bagi tahun kewangan berakhir Jun 202.

Ia juga termasuk dalam kategori Nota Amalan 17 (PN17) yang dikeluarkan oleh Bursa berhubung syarikat tersenarai yang mengalami masalah kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat