Serba Dinamik Jadi ‘Serba Tak Kena’

5,520

Saham Serba Dinamik Holdings Bhd susut buat hari kedua berturut-turut apabila menurun sebanyak 33.5 sen atau 29.65% kepada 79.5 sen ketika sesi dagangan dibuka pagi tadi.

Sebanyak RM3.04 bilion permodalan pasaran syarikat itu ‘lupus’ dalam tempoh hanya dua hari sesi dagangan.

Pada 10.09 pagi, saham itu merekodkan kerugian pada paras 89 sen, susut sebanyak 24 sen atau 21.24%.

Jumlah dagangannya sebanyak 918.3 juta diniagakan dalam tempoh kurang 90 minit selepas sesi dibuka.

Semalam, kaunter itu susut sebanyak 30% atau 48 sen kepada RM1.13.

Serba Dinamik mendapat liputan sejak minggu lalu setelah mengumumkan langkah untuk menjalankan semakan bebas khas selepas lembaga pengarah syarikat itu dimaklumkan oleh juruaudit luarnya, KPMG mengenai beberapa masalah perakaunan yang berkaitan dengan audit berkanunnya.

Dua hari kemudian, pemegang saham kedua terbesar, Datuk Abdul Kadier Sahib menghantar notis kepada Serba Dinamik agar menggantikan juruaudit terdahulu dengan BDO PLT.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, Serba Dinamik mengatakan KPMG telah membangkitkan isu yang berkaitan dengan jumlah transaksi penjualan sebanyak RM2.32 bilion
, hutang perdagangan sebanyak RM652 juta dan baki bahan ‘on site’ sebanyak RM569 juta yang melibatkan 11 pihak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat