Sertai Top 100 Kripto? PEPE Melompat 111% Dalam Sehari Je!

455

“Wow prestasi agak memberangsangkan, baru beberapa minggu harga dah naik tinggi.”

Memecoin Pepe (PEPE) yang baru dilancarkan dua minggu lepas akhirnya memasuki dalam pasaran sebagai top 100 mata wang kripto dengan modal pasaran $582 juta setelah mendaki 111% dalam tempoh 24 jam lalu dan 304% sepanjang minggu lepas.

Secara konteks, PEPE adalah token ERC-20 memiliki bekalan sebanyak 420.96 trilion yang telah menarik perhatian kebanyakan pelabur kripto sejak kebelakangan ini.

Hal ini kerana seorang pelabur yang membeli 5.9 trilion PEPE pada 15 April 2023 dengan hanya bermodalkan $250 telah berjaya menjana keuntungan sebanyak $1.02 juta dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Selain itu, PEPE yang telah disenaraikan di beberapa bursa kripto seperti OKX, Huobi, Gate.io dan MEXC telah menjadi salah satu sebab harga memecoin tersebut dapat melonjak tinggi hanya dalam masa singkat.

Susulan terdapat pelbagai liquidity pools dan penyenaraian oleh bursa kripto, jumlah dagangan untuk PEPE pada 15 April telah meningkat kepada $240 juta daripada $2.99 juta dalam pool PEPE/WETH di Uniswap.

Suka dimaklumkan bahawa lebih 30 wallet dalam kategori “smart money”, iaitu para pelabur yang sangat besar dan aktif telah bertindak sepantas mungkin membeli sejumlah token PEPE bernilai $1 juta pada minggu lepas.

Harga PEPE yang pada awalnya didagangkan pada $0.000000001 telah mencatatkan kenaikan secara berterusan sehingga mencecah $0.00000121 dalam tempoh 24 jam terakhir selepas susut sedikit pada $0.00000081.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat