Sesi Asia Dah Dibuka, USD Mula Berundur!

1,075

Pasaran mata wang kembali normal pada hari Selasa dengan pasaran Amerika Syarikat dan UK akan dibuka semula selepas cuti hujung minggu yang panjang.

Selepas kesepakatan dalam siling hutang AS dicapai pada hujung minggu, kini Dewan dan Senat perlu meluluskan perjanjian tersebut dengan tarikh akhir 5 Jun semakin hampir.

Pada hari tersebut, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen, kerajaan AS mungkin kehabisan wang untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Kesepakatan antara Presiden Joe Biden dan Republikan sedikit sebanyak dilihat telah memberi sokongan buat mata wang berisiko untuk meningkat.

Pada masa yang sama, US dolar sedikit berundur dari puncak tertinggi dua bulan berbanding sekumpulan mata wang utama, dengan indeks dolar susut pada 104.10 ketika penulisan..

Berbanding yen, raja mata wang itu turut merosot berikutan penyusutan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada 3.76% ketika dibuka pada sesi Asia.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie turut memaparkan kenaikan untuk bangkit dari paras terlemah enam bulannya berbanding greenback.

Pun begitu, dolar New Zealand masih terperangkap pada paras terendah dengan harga terus ditekan oleh jangkaan bank pusat akan menghentikan kenaikan kadar faedah.

Selain itu, mata wang euro dan pound turut kekal terperuk pada paras paling lemah dua bulan dan satu bulan berbanding US dolar.

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menentukan arah pergerakan yang jelas dalam pasaran mata wang di sesi Asia.

Pelabur mungkin boleh pergerakan mata wang yang lebih jelas pada sesi Eropah dan New York akan datang apabila semua pasaran dibuka.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat