Sesi Asia Memberi Ruang Untuk Yen Memantapkan Kedudukan

44

Yen mendapat keuntungan awal dalam sesi Asia pada Jumaat menjelang hari yang agak sibuk di Jepun disamping pengumuman data pembuatan dari China.

USD/JPY didagang berubah kepada 11.78, manakala AUD/USD melonjak sehingga 0.12 peratus dalam sesi Asia.

Di Jepun, data perbelanjaan isi rumah dilaporkan menurun kepada 3.8 peratus, dan data Inflasi tidak berubah pada 0.2 peratus. Di samping itu, data pengangguran pula menjunam kepada 2.8 peratus bulan Mac.

Kemudian, Australia melaporkan bahawa sektor kredit swasta menurun kepada bacaan 0.3 peratus.

China pula melaporkan dua data yang agak positif hari ini dengan peningkatan data PMI kepada 51.8, sementara data non-PMI meningkat kepada 55.1.

Semalam, US Dollar melonjak berbanding matawang utama pada Khamis akibat komen bullish daripada pegawai-pegawai Fed sambil mengimbangi sentimen daripada pentadbiran Trump mengenai manipulasi matawang.

US Dollar menurun sederhana selepas CNBC melaporkan pada Khmais bahawa pentadbiran Trump sedang menilai skop kuasa untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana negara yang sengaja melakukan penurunan nilai matawang.

Jabatan Perdagangan sebelum ini juga melaporkan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang lebih cepat daripada jangkaan sebelum ini pada suku keempat.

Dalam masa yang sama, Presiden Fed Cleveland mengulangi pandangan agresif mengenai kenaikan kadar pada Khamis kerana beliau beranggapan bahawa kenaikan kadar membantu agar ekonomi mampu berkembang seperti jangkaan.

Bagi matawang lain, Sterling didagang mengukuh sehari selepas Perdana Menteri Theresa May mencetuskan Article 50.

Skim Insurans Pengangguran Bakal Dilaksanakan di Malaysia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat