Sesi Eropah Menyaksikan US Dollar Mula Cipta Langkah Untuk Bangkit, AUD Meningkat

65

Dollar Australia meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh dua minggu berbanding matawang gergasi pada Khamis dibantu oleh data pekerjaan yang positif. Dalam sesi ini, Dollar New Zealand didagang sedikit menyusut memandangkan matawang gergasi semakin pulih daripada kejatuhan baru-baru ini.

AUD/USD melonjak sebanyak 0.40 peratus kepada 1.7467 iaitu paras tertinggi sejak 3 Mei.

Biro Statistik Australia melaporkan bahawa jumlah pekerjaan meningkat sebanyak 37,400 bagi bulan April mengatasi jangkaan peningkatan sebanyak 5,000 pekerjaan.

Dalam laporan yang sama, kadar pengangguran di Australia juga dikatakan menurun kepada 5.7 peratus bulan lepas daripada 5.9 peratus yang dicatat pada bulan Mac.

NZD/USD dalam masa yang sama menyusut sebanyak 0.19 peratus kepada 0.6930.

Dalam sesi ini juga, US Dollar mula mencipta momentum menaik selepas kerugian mendadak dalam sesi sebelum ini.

US Dollar dikatakan berada dalam tekanan selepas Trump dikatakan berkongsi maklumat perisikan yang agak sensitif dengan Menteri Luar Russia dalam mesyuarat yang dijalankan pada minggu lepas.

Bekas Pengarah FBI, Robert Mueller juga telah dilantik pada Rabu oleh Jabatan Keadilan sebagai peguam khas yang akan mengambil alih kes siasatan terhadap penglibatan Russia di dalam kempen pilihanraya Amerika Syarikat sebelum ini.

US Dollar Index yang mengukur matawang US Dollar juga kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.20 peratus kepada 97.53.

Sentimen Pasaran Masih Dihantui Dengan Isu Lebihan Bekalan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat