Shiba Inu Bakal Tembusi Angkasa Sebab Faktor Ini?

350

Geng Shiba Army duk mengharap menaik la, jangan bagi harapan palsu lagi untuk mereka.”

Kripto memecoin kedua terbesar, Shiba Inu (SHIB) masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan para pelabur sehingga kini apabila peratusan yang memegang SHIB menyaksikan peningkatan dengan melepasi paras 60%.

Melalui pemerhatian, pelabur jangka panjang dilaporkan telah memegang memecoin tersebut sejak setahun lalu dan menjadi penyebab peratusan pemegang SHIB melonjak daripada 1% kepada 60% .

Sebagai rekod, pemegang SHIB yang telah menyimpan aset digital itu lebih daripada setahun adalah sebanyak 60% sementara kurang daripada setahun 36% dan 4% ialah pelabur yang memegang SHIB kurang daripada sebulan.

Kebanyakan whales turut dikenalpasti membeli sejumlah besar memecoin itu walaupun pasaran mata wang kripto secara berterusan berada dalam pergerakan harga tidak memberangsangkan sejak awal tahun 2022.

Suka dimaklumkan bahawa SHIB mencapai kedudukan top 10 token yang dibeli oleh 200 whales Ethereum (ETH) terbesar berikutan terdapat peningkatan penggunaan memecoin itu dikalangan whales dalam tempoh 20 jam lalu.

Selepas melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada Oktober 2022, nilai memecoin tersebut susut semula sebanyak 70% susulan keadaan makroekonomi yang tidak menggalakkan.

Namun, komunitinya tetap yakin bahawa SHIB akan melihat kejayaan pada tahun hadapan berikutan perkembangan ekosistemnya yang semakin kukuh.

Setakat penulisan ini, harga SHIB junam sekitar 0.34% pada zon $0.00000781 dan meneruskan penurunan 3% pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat