Shiba Inu (SHIB), ShibaSwap Buktikan Mampu Raih Lebih $1 Bilion TVL Dalam 24 Jam!

1,961

Shiba Inu (SHIB) yang bermula sebagai matawang kripto meme selepas Dogecoin (DOGE) dilihat bangkit menjadi salah satu projek menarik dengan pertukaran yang baru dilancarkan, yield farm dan struktur DAO yang sedang berkembang.

Disangka ekosistem ini akan ‘lenyap’ tetapi tidak apabila dalam 24 jam selepas pelancaran platform DeFi, ShibaSwap pada 6 Jun, lebih $1 bilion jumlah nilai terkunci (TVL) berjaya dicapai.

Ini menunjukkan indikator sokongan yang kuat terhadap projek yang baru dilancarkan dan kini ia berada di kedudukan ke-30 teratas berdasarkan TVL. Tidak keterlaluan juga projek ini lebih bernilai berbanding Quickswap (QUICK) dan Mdex (MDX).

Namun, masih perlu berjaga-jaga memandangkan projek itu berisiko dengan rugpull, bermaksud pembangun membawa lari dana yang terkunci dari protokol.

Isu ini telah diusulkan kepada pihak Shiba Inu dan mereka mengambil langkah dengan fungsi ‘timelock’ yang berupaya menangani isu rugpull pantas, tetapi masih belum dilaksanakan lagi.

Terbaru, DeFi Safety mendedahkan laporan ShibaSwap Process Quality Review dan skor protokol itu cuma 3%, dianggap gagal mutlak memandangkan 70% adalah skor untuk lulus, dijamin selamat dan telus.

Bagaimanapun, selepas harga SHIB meningkat 14% pada 6 Julai, aset ini susut sehingga nilai semasa penulisan, $0.00000818, dan lebih 78% sejak rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.0000388 pada 10 Mei.

Kali terakhir SHIB meraih perhatian para pelabur kripto adalah ketika pengasas Ethereum, Vitalik Buterin menyumbang lebih $1 bilion SHIB kepada dana bantuan COVID-19 di India.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat