Siap Sedia, Sejuta Wallet Layak Dapat Airdrop Memecoin Solana Ini!

1,118

“Hmm menarik, agaknya siapa je yang layak nak dapat eh? Mesti ada kriterianya kan?”

Tanpa disedari, Jupiter, aggregator DeFi Solana (SOL) bakal melancarkan memecoin dipanggil WEN pada Jumaat hari ini melalui launchpad* yang datang daripada protokol DeFi atau non-fungible token (NFT) Ovols.

*Platform atau perkhidmatan yang membantu projek kripto baharu melancarkan tawaran syiling permulaan (ICO) atau jualan token mereka.

Pengasas Jupiter dipanggil Meow baru-baru ini telah menulis puisi “A Love Letter to Wen Bros” dalam platform X, kemudian minted sebagai NFT melalui standard token baharu yang digelar sebagai Wen New Standard (WNS).

Sejurus selepas minted, NFT tersebut akan dipecahkan pada 1 trilion token WEN dan 70% daripada bekalan akan diagihkan sama rata merentas lebih sejuta wallet SOL yang layak.

Memang tidak dinafikan asal-usulnya bakal dipecahkan, tetapi laman web rasmi mengatakan bahawa WEN akan berdagang seperti token SOL biasa.

Menurut Meow lebih lanjut, senarai wallet tersebut termasuk pengguna Jupiter yang aktif sejak enam bulan lalu, pemilik telefon pintar Solana Saga dan pemegang NFT dari Ovols serta beberapa koleksi NFT teratas.

Yayasan Wen diketuai oleh komuniti Ovols NFT adalah kumpulan berdedikasi untuk memberi kembali pada semua komuniti SOL dengan menyokong pembangunan barangan awam dan seterusnya menguatkan mesej tentang apa yang hanya boleh dilakukan di SOL.

Dijalankan lebih awal daripada penurunan token JUP yang ditetapkan pada 31 Januari 2024, airdrop WEN dibilkan sebagai launchpad di mana hampir sejuta wallet layak untuk airdrop itu diikuti airdrop SOL terkenal baru-baru ini iaitu Jito dan Pyth.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat